Wednesday, 29 March 2017

Sayur Tinggi Serat - Bunga Kobis







Sapa suka makan tomyam? Paprrik? Sayur campur?

Kebiasaaanya menu2 ni pasti akan ada bunga kobis. Ramai yang tak tahu bunga kobis ni boleh membantu dalam mengurangkan berat badan.
Tapi malangnya biasanya kita cuma cuit2 makan dalam kuatiti yang sedikit sahaja..

Bunga kobis adalah sayuran yang mengandungi kandungan serat yang tinggi. Seperti yang kita tahu, kandungan serat dalam mengeyangkan  dan dalam menahan diri daripada lapar dalam tempoh yang agak lama. Dan paling menarik, kandungan karbohidrat dan kalori dalam bunga kobis adalah rendah. 
Jadi anda boleh makan bunga kobis dalam kuantiti yang banyak tanpa perlu bimbang akan menaikkan berat badan.

Cer cuba lebihkan bunga kobis dalam menu harian. Kita boleh buat sayur campur, ayam masak kunyit, @ buat sup sayur bunga kobis dicampur carrot, kentang dan juga broccoli. 

Selain kandungan serat yang tinggi, bunga kobis juga mengandungi  vitamin C. Seperti yang kita ketahui, kandungan Vitamin C juga penting untuk meningkatkan tahap kesihatan kita. Ia akan membantu meyerap mineral2 lain yang diperlukan oleh badan. 
Secara tak langsung dapat membantu menigkatkan metabolisme badan juga tau... Bagi mengekalkan  Vitamin C diddalam bunga kobis ni, jangan masak bunga kobis terlalu lama. Biar masak suku atau separuh masak sahaja.

Jadi selepas ni, yang nak turunkan berat badan tu, boleh la rajin rajin masak bunga kobis.. 
Selain tu, bunga kobis baik juga untuk sistem penghadaman tau..

Lepas  ni jangan abaikan lagi khasiat bunga kobis ye.. 


No comments:

Post a Comment