Friday, 26 May 2017

Tip minum air di bulan puasa

In sha Allah sehari lagi kita akan berjumpa dengan bulan yang penuh keberkatan, Bulan Ramadhan. Bulan yang dinanti nanti. Kalau zaman kanak-kanak dulu, salah satu sebabnya sebab bulan puasa tak de hantu. Ya la, waktu tu apa la yang kita faham kan, Selain kita fikirkan dah masuk bulan puasa tak lama lagi dah nak raya..

Bulan puasa ni biasanya kebanyakan dari kita minum air waktu berbuka puasa. Itu pun kita banyak minum air yang manis manis sampai terlupa nak cukupkan keperluan air kosong dalam badan kita.

Ye, memang waktu untuk minum tu agak terhad. Sebab 8jam siang dah puasa kan.. Tapi kita ada caranya untuk cukupkan keperluan air kosong yang diperlukan badan kita.

Cadangan untuk cukupkan pengambilan air kosong ketika bulann puasa :-

1 gelas selepas berbuka dengan kurma
1 gelas selepas makan nasi
1 gelas selepas solat isyak
1 gelas selepas solat taraweh
1 gelas sambil2 lepak makan kueh mueh
1 gelas sebelum tidur
1 gelas bangun sahur
1 gelas air selepas sahur

Ni adalah cadangan seminimum air kosong yang perlu diambil. Al-maklum lah bulan puasa ni air manis yang jadi pilihan kan..






No comments:

Post a Comment